top of page

Pendaftaran Peperiksaan Profesional Arkitek Landskap Siri 2/2018                                                                      

Majlis ILAM memutuskan bahawa mulai tahun 2019, Peperiksaan Profesional Arkitek Landskap akan menggunakan modul kurikulum yang baharu. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Majlis ILAM kali 3/2018 bertarikh 5 Oktober 2018 telah bersetuju untuk menjalankan Peperiksaan Profesional Arkitek Landskap siri 2/2018 pada 17 dan 18 November 2018 dengan menggunakan kurikulum lama. Dengan itu, pendaftaran bagi Peperiksaan Profesional Arkitek Landskap siri 2/2018 adalah dibuka kepada calon-calon yang memenuhi syarat-syarat berikut:

 

Syarat Am.

  1. Terbuka kepada semua ahli graduan yang pernah mengikuti* mana-mana Kursus Amalan Ikhtisas Arkitek Landskap (KAIAL) yang dijalankan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia

  2. Tarikh pendaftaran dibuka 11 Oktober 2018, dan tarikh pendaftaran ditutup pada 24 Oktober 2018 jam 5 petang. Tempat peperiksaan akan dimaklumkan selepas 25 Oktober 2018 kerana tertakluk kepada bilangan ahli yang mendaftar.

  3.  Yuran peperiksaan sebanyak RM200.00 akan dikenakan kepada calon.

  4.  Perlu menjelaskan mana-mana yuran tertunggak sebelum diluluskan/dibenarkan untuk mengambil peperiksaan ini.

  5.  Setiap peserta perlu mempunyai CPD point yang mencukupi sebelum menduduki peperiksaan ILAM 2018.

​

Mesyuarat Majlis ILAM kali 3/2018 bertarikh 5 Oktober 2018 juga telah bersetuju:

  1. Calon perlu LULUS semua modul dalam peperiksaan siri 2/2018 untuk layak mendapat Ahli Korporat ILAM.

  2. Tiada peperiksaan ulangan akan diadakan untuk mana-mana calon yang gagal mana-mana modul peperiksaan siri 2/2018 ini.

  3. Calon yang gagal dalam peperiksaan ini akan mengambil peperiksaan semula dengan menggunakan kurikulum yang baharu.

 

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pemohon bolehlah menghubungi ILAM di talian 03-55234638.

​

Nurazlinda Mohd Noor Madi

Administrative Officer (Sekretariat KAIAL 2018)

Institute of Landscape Architects Malaysia

CPD08.png
bottom of page