Pendaftaran Peperiksaan Profesional Arkitek Landskap Siri 2/2018
Majlis ILAM memutuskan bahawa mulai tahun 2019, Peperiksaan Profesional Arkitek Landskap akan menggunakan modul kurikulum yang baharu. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Majlis ILAM kali 3/2018 bertarikh 5 Oktober 2018 telah bersetuju untuk menjalankan Peperiksaan Profesional Arkitek Landskap siri 2/2018 pada 17 dan 18 November 2018 dengan menggunakan kurikulum lama. Dengan itu, pendaftaran bagi Peperiksaan Profesional Arkitek Landskap siri 2/2018 adalah dibuka kepada calon-calon yang memenuhi syarat-syarat berikut:
Syarat Am.
-
Terbuka kepada semua ahli graduan yang pernah mengikuti* mana-mana Kursus Amalan Ikhtisas Arkitek Landskap (KAIAL) yang dijalankan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia
-
Tarikh pendaftaran dibuka 11 Oktober 2018, dan tarikh pendaftaran ditutup pada 24 Oktober 2018 jam 5 petang. Tempat peperiksaan akan dimaklumkan selepas 25 Oktober 2018 kerana tertakluk kepada bilangan ahli yang mendaftar.
-
Yuran peperiksaan sebanyak RM200.00 akan dikenakan kepada calon.
-
Perlu menjelaskan mana-mana yuran tertunggak sebelum diluluskan/dibenarkan untuk mengambil peperiksaan ini.
-
Setiap peserta perlu mempunyai CPD point yang mencukupi sebelum menduduki peperiksaan ILAM 2018.
​
Mesyuarat Majlis ILAM kali 3/2018 bertarikh 5 Oktober 2018 juga telah bersetuju:
-
Calon perlu LULUS semua modul dalam peperiksaan siri 2/2018 untuk layak mendapat Ahli Korporat ILAM.
-
Tiada peperiksaan ulangan akan diadakan untuk mana-mana calon yang gagal mana-mana modul peperiksaan siri 2/2018 ini.
-
Calon yang gagal dalam peperiksaan ini akan mengambil peperiksaan semula dengan menggunakan kurikulum yang baharu.
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pemohon bolehlah menghubungi ILAM di talian 03-55234638.
​
Nurazlinda Mohd Noor Madi
Administrative Officer (Sekretariat KAIAL 2018)
Institute of Landscape Architects Malaysia






